Sejarah Masjid

 

Nama asal Masjid ini telah melalui beberapa fasa perubahan sejak mula dibuka pada tahun 1975. Antara nama yang diberikan sebelum ini ialah Masjid As Syifa, Madrasah Islamiah HKL dan sekarang Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur. Dirasmikan pada tahun 1976, terletak bertentangan dengan Klinik Pesakit Luar (OPD) dan bersebelahan dengan bangunan Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman (IKTAR).

Kini, Klinik OPD telah bertukar menjadi Klinik Ortopedik, manakala di sebelah belakang dan sisi kanan tapak masjid ini pula telah berdiri sebuah bangunan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.

Masjid Az-Zahrawi HKL adalah bangunan masjid 3 tingkat yang lengkap dengan kemudahan bilik seminar, pejabat  dan unit kediaman bagi petugas. Kerja-kerja naiktaraf dan pembinaan masjid ini baru saja dimulakan di tapak yang sama mulai Disember 2017. Jangkaan siap adalah dalam tempoh 2 tahun.

Buat masa ini segala aktiviti dan program Masjid telah dipindahkan ke Surau Kuarters Hospital Kuala Lumpur termasuk solat Jumaat. Surau Kuarters terletak di belakang Medan Selera dan berhampiran dengan Kompleks Kuarters HKL. Surau Jumaat ini terbuka kepada umum, merangkumi kakitangan HKL dan orang ramai.

Antara program yang sering dijalankan oleh pihak masjid ini termasuklah :

  • Tazkirah & Ceramah berbentuk agama dan motivasi
  • Kursus Pengurusan Jenazah
  • Kursus Penyembelihan
  • Kursus Penghayatan Islam
  • Qiamulai
  • Bacaan Quran
  • Tadarrus Al-Quran Ramadhan
  • Seminar Syariah & Kekeluargaan Islam
  • Kursus Ibadah Pesakit
  • Kem Bijak Solat
  • Kem Bina Insan
(sila muat turun jadual program masjid ini sepanjang tahun 2018 di menu “Muat Turun”)