Kursus Asas Solat Sempurna Siri 2/2018

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato’Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Islam, Hospital Kuala Lumpur akan mengadakan Kursus Asas Solat  Sempurna Siri 2/2018 pada ketetapan berikut:

 Tarikh   : 07 Ogos 2018 (Selasa)/Bersamaan 25 Zulkaedah 1439H
Masa  : 08.30 pagi – 12.30 pagi
Tempat  : Surau Kuarters HKL

Pengisian : 

  • Tahsin Bacaan Dalam Solat
  • Perkara Rukun / Sunat / makruh dalam Solat
  • Solat Ketika Sakit
  • Perkara Membatalkan Solat
  • Q & A

Berhubung dengan itu sukacita kami menjemput lima (5) orang anggota atau lebih dari jabatan YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan terbuka kepada semua peringkat bagi menyertai ceramah ini.

Bagi melancarkan urusan, pihak YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menghantar senarai nama dengan mengisi borang pengesahan kehadiran di Lampiran A  ke Cawangan Pentadbiran atau emel kepada: nasri.nasir@moh.gov.my.  Sebarang maklumat lanjut mohon berhubung dengan Ustaz Nasri Bin Mat Nasir ditalian samb. 5228

Segala kerjasama dan sokongan dari YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam memberi pelepasan kepada anggota yang berminat amatlah kami hargai. Terima kasih.

2 thoughts on “Kursus Asas Solat Sempurna Siri 2/2018”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *