Isteri adalah amanah

Isteri adalah amanah Allah, bukan barangan hak milik mutlak anda seorang. Anda disyariatkan untuk menjaganya bukan mempergunakannya sesuka hati. Setelah habis diguna jika rosak dibuang begitu sahaja, dituduh tidak sempurna, tidak bermanfaat, tidak membawa untung. Sesungguhnya, dia adalah amanah Allah, yang akan disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri sesuai dengan suruhan Allah dan Rasul-Nya.

Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud: “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukanlah solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih).

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda mengenggam tangannya mengharungi kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan nasihat dan cinta abadi buat si isteri. Bukan hanya mengerjakan solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

1 thought on “Isteri adalah amanah”
  1. Terima kasih atas perkongsian ini admin. Buat masa ni saya belum masuk dlm kategori di atas. In sha Allah akan menjaganya bila smpi jodoh nnt. Aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *