Berpuasa Di Bulan Ramadhan Kerana Allah s.w.t

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan segala dosa dosa kecilnya yang telah lepas.

Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu bulan.

Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.

HR-Muslim & Bukhari

-Wassalam-

0 thoughts on “Berpuasa Di Bulan Ramadhan Kerana Allah s.w.t”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *