Jemputan ke Majlis Tilawah Al-Quran HKL

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan HKL akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

  • Tarikh : 15 Mac 2018M / 27 Jamadilakhir 1439H
  • Hari : Khamis
  • Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
  • Tempat : Auditorium Utama HKL

Bagi menjayakan majlis ini, Masjid HKL dan Bahagian Pengurusan HKL dengan sukacitanya menjemput pegawai/anggota di bawah Jabatan seluruh HKL untuk menghadiri majlis Tilawah peringkat HKL. Kehadiran tuan/puan ke majlis ini amatlah dialu-alukan. Kehadiran pegawai/anggota dalam Majlis Tilawah ini akan diambilkira untuk CPD Point atau Sesi Pembelajaran Bersemuka untuk Buku Log Latihan 2018.

0 thoughts on “Jemputan ke Majlis Tilawah Al-Quran HKL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *