Mohon sumbangan & Infaq Kewangan

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Kuarters HKL merupakan salah satu surau Jumaat bagi kakitangan, penduduk kuarters, pesakit, waris pesakit dan pelawat. Untuk makluman, surau tersebut telah beroperasi sepenuhnya sejak Januari 2018 dan memerlukan dana kewangan bagi pengoperasian surau tersebut.Sumber kewangan tersebut akan digunakan untuk tujuan pembayaran bil utiliti, pengimarahan surau, kursus dan juga menaiktaraf fasiliti yang sedia ada.

Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik dan sumbangan ikhlas daripada pihak Y.Bhg Datuk/Dato’/ Datin/Dr./Tuan/Puan/Cik untuk memberikan sumbangan ke atas Surau Kuarters HKL bagi kelancaran pengoperasian surau tersebut. Sumbangan tersebut boleh dibuat secara terus ke akaun bernombor : 8000503663 CIMB Bank atau sumbangan cek atas nama Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Shefidi di talian 017-2733776. Segala kerjasama dari pihak Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan/Cik amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Pengerusi

Madrasah Islamiah / Surau Kuarters

 

0 thoughts on “Mohon sumbangan & Infaq Kewangan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *