Sedekah Bukan Dengan Harta

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.”

Huraian Hadith:

1. Islam menganjurkan umatnya supaya bercakap dengan menggunakan perkataan yang baik sesama manusia.

2. Bercakap dengan menggunakan perkataan yang baik semasa berjumpa dengan sesama muslimin merupakan sedekah. Melakukan sedekah bukan hanya dengan harta malah dengan senyuman dan kata-kata yang manis.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kemaskini Terakhir: 25 Januari 2016
Hits: 3132

2 thoughts on “Sedekah Bukan Dengan Harta”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *