Salam Maal Hijrah 1439 Hijrah

Kami seluruh warga petugas & Ahli Jawatankuasa Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur (Masjid Az-Zahrawi HKL) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1439 Hijrah bersamaan 2017 / 2018 Masihi kepada seluruh saudara-mara, sahabat-handai, para jemaah serta semua pengunjung yang sudi singgah di portal rasmi Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur ini.

Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah Taala dan Nabi Junjungan kita Rasulullah S.A.W. Agar kecintaan kita kepada Allah Taala Dan Rasulullah dapat di pertingkatkan. Semoga pada tahun baru di awal Muharam yang beranjak bersama kehidupan kita ini, menjadikan segala amalan dan ketakwaan kita kepadaNya mendapat ganjaran pahala dan keberkatan di dunia dan akhirat. Kami berdoa agar kita semua dilindungi oleh Allah Taala. In Sha Allah. Aamiin..

1 thought on “Salam Maal Hijrah 1439 Hijrah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *